Friday 13 October 2017

TRIP TO SEOUL, SOUTH KOREA (AUTUMN 2016) - Itinerary

ITINERARY @ ITI

Kerapkali korang mesti penah ternampak perkataan "itinerary" ni kat media sosial kan? Menatang apa itinerary ni?

ANNYEONG HASEYO!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk korang semua.. entry kali ni adalah sambungan daripada entry hakak yang sebelum ni bertajuk "TRIP TO SEOUL, SOUTH KOREA (AUTUMN 2016) - Intro" .

Mak aihhh panjangnya tajuk! Huhu

Hokey, mengikut carian di Google, Itinerary bermaksud "a planned route or journey, a travel document recording travel plans, schedule, timetable, agenda, program and etc." Dalam bahasa melayu yang ringkasnya, jadual pelan perjalanan.

Haaaa... sekarang korang dah tau, kan? Itinerary ni sebenarnya penting untuk korang² yang berniat nak bercuti tanpa tour guide. Tak mungkin korang boleh pergi ke negara orang main redah je tanpa buat sebarang research dan study. Sekurang²nya takde laa korang ternganga je bila dah touch down kat airport nanti.. kan? Kalau takmau buat yang terlalu detail pun takpe, at least list down tourist attraction kat negara tu, dan macam mana nak sampai ke tempat tu. Ikut cara masing² laa macam mana nak buat itinerary. Janji korang sendiri paham. Huhuhu..

Lepas dah book tiket kapal terbang, maka bermulalah tugas hakak untuk study dan buat research mendalam pasal Korea. Hakak mula from scratch, sampai blur kepala hotak hakak sebab tak tau dari mana nak start..

Tetiba hakak teringat member² yang mana penah post dalam FB diorang penah bercuti di Korea.. hakak pun belek laaa satu² profile FB member². Ada jugak sedara mara hakak yang penah pergi, tapi semuanya guna khidmat tour guide..

Dan akhirnya hakak terjumpa FB member hakak yang bernama Cda. Cda ni member hakak sejak zaman mIRC. Hakak mula bertanya itu ini pasal Korea kat Cda. Pengalamannya, kos nya dan macam² lagi. Sampai satu masa tu Cda tanya, "ko nak ke itinerary aku buat dulu? Boleh laa bagi idea kat ko mana nak start.."

Oihhhh... mesti laaa nak!! Lepas dapat itinerary dari Cda, hakak pun start study setiap route yang Cda tulis tu.. Cari info tentang tempat² yang menarik, macam mana nak sampai sana, kos pengangkutan, kos tiket masuk dan sebagainya.

Lebih kurang 50% je dari itinerary Cda yang hakak follow. Yang lainnya banyak hakak tokok tambah dan buang mana yang patut mengikut kesesuaian jadual dan tarikh yang hakak pilih tu.
Cda susun itinerarynya mengikut "tema". Contoh, hari ni kita sight seeing je, esok kita serbu semua market untuk shopping, the next day hari untuk "sejarah Korea" dan seterusnya...

Hakak memilih untuk susun itinerary ikut kawasan. Yang tak perlu naik subway berkali² jauh². Dan juga ikut masa yang terluang yang boleh diisi.

Sepanjang proses hakak cuba untuk siapkan itinerary hakak tu, boleh kata 3~4 kali gak hakak tukar plan. Sebabnya hakak ikut guesthouse yang hakak pilih.

Pada mulanya hakak pilih satu guesthouse yang terletak berhampiran subway station Sookmyung Women's University. Tak ingat pulak nama guesthouse tu. Tapi agak murah.. Segala kos pengangkutan dan subway route macam mana nak sampai ke satu² tempat dari Sookmyung Women's University station tu hakak susun rapi.

Pastu beberapa bulan lepas tu, hakak tukar plan atas recommendation guesthouse daripada salah sorang ahli group FB Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Guesthousenya terletak berdekatan dengan Namsan Tower, hakak cuba susun balik semua kos pengangkutan dan route, surprisingly, jangkaan kos hakak jadi lebih murah sebab tukar route subway, tak perlu transfer line subway banyak². Jadi, save kat kos transportation. Tapi masalahnya, guesthouse tu terletak di atas kawasan berbukit. So bila fikir² balik, macam meletihkan je kalau balik malam hari pastu kena fikir nak menapak naik bukit plak, padahal dalam hotak dah fikir katil je, kan...? Jenuh! Hahahahha~

Jadinya hakak tak confirm lagi nak pilih guesthouse yang mana satu.. dua² masih dalam KIV list. Sampai satu hari tu, lagi sorang ahli BBM cadangkan untuk stay dekat satu guesthouse berdekatan Myeongdong. Myeongdong ni sememangnya pusat tumpuan pelancong sebab nak pergi kemana² pun senang. Sekali lagi, hakak tukar plan, susun ikut kos pengangkutan dan route dari Rainbow Hostel Myeongdong.

Boooomm!! Kos nya lebih murah berbanding dua guesthouse yang sebelum tu, baik dari segi kos penginapan mahupun kos pengangkutan. Sebab Rainbow Hostel Myeongdong ni terletak berhampiran dengan subway station Chungmuro, yang merupakan salah satu station pertembungan 2 subway line; Line 3 (orange) dan line 4 (sky blue) yang boleh dikatakan antara subway line yang menghubungkan banyak main attraction. So nak kemana² pun sangat senang!


Woiiii... apa jugak laaa yang hakak dok membebel pasal line line semua ni... haaa... korang yang mana berminat nak ke Korea tanpa tour guide tu, wajib tau serba sikit pasal sistem subway di Korea. Tak perlu hafal semua station yang ada. Cukup kalau korang ingat line mana yang nak ikut dan station mana nak naik dan turun untuk sampai ke destinasi yang korang pilih tu..

Panjang lebar pulak laaa hakak cerita pasal bab Itinerary ni.. memang panjang.. ada tu, hakak start buat itinerary hujung tahun 2015, costing semua ikut harga 2015. Pastu pertengahan 2016, bila hakak double check itinerary hakak, costing berubah sikit sebab ada beberapa tempat lawatan dah naik harga tiketnya. So, ubah lagi costing semua. Hihi. Macam susah je jadi seorang perfectionist ni. Haish... almaklumlah, boleh kata 100% perancangan termasuk berapa bajet yang diperlukan, semua hakak yang buat. Encik suami cuma bagi green light untuk beli tiket kapal terbang je. Yang lain "I trust your judgement & plans.." katanya... hahhahahaha~


Tadaaaaa~~~ tu dia buku itinerary hakak yang dah siap.. memandangkan masa tu tengah hype filem zombie Seoul Station, hakak pun amik la posternya sebagai cover. Hahaha~

Hokey ye korang.. rasanya panjang sangat dah entry ni walaupun sebenarnya banyak lagi yang hakak nak cerita. Kalau korang nak tau secara detail itinerary hakak, nanti dalam setiap posting dari Day 1 sampai Day 6 hakak kat Korea tu, hakak letak itinerary sebagai pembukaan posting..

Untuk entry seterusnya, hakak nak cerita web apa yang hakak guna masa dalam proses menyiapkan itinerary hakak ni.. hakak akan share jugak apps dan tips² yang berguna untuk korang plan percutian korang kat Korea nanti... tunggu!!

Kamsahamnida!!!

*oh lupa! Terima kasih banyak² hakak ucapkan kat Cda sebab banyak bagi tunjuk ajar and nasihat² berguna kat hakak.. I owe u! Cda, nanti kita repeat Korea ye.. kekekkekeke*

O

Thursday 12 October 2017

TRIP TO SEOUL, SOUTH KOREA (AUTUMN 2016) - Intro

Fuhh fuhh dan fuhh lagi.. berhabuk dah blog hakak ni.. atas permintaan ramai, hakak kembali menjengah blog yang dah lama dibiarkan bersawang ni. Kenapa?

Oooppsss.. sebelum tu, Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk korang semua. First of all TQ sebab sudi singgah blog hakak untuk tahu dengan lebih lanjut cerita hakak kali ni; Trip to Seoul, South Korea (Autumn 2016).

Idea untuk melancong ke Seoul datang pada satu hari di bulan September 2015, hakak terasa macam nak berhoneymoon dekat2 je.. kebetulan Air Asia tengah buat promo Free Seat. Tetiba encik suami kata, "survey tiket Korea.."

Hakak macam tak percaya je masa tu. Bukan senang encik suami nak bagi idea gitu secara serius! Peluang takleh dilepaskan!

So selama 3 hari hakak buat research serba sikit tentang Korea, mostly tentang musim dan cuaca di sana dan berapa hari yang cukup untuk bercuti di Korea.

Berikut adalah hasil research dari blog2 dan google :

Musim Luruh (Autumn)
Bulan : Pertengahan September - pertengahan November
Peak autumn : hujung October
Suhu : 11°C ~ 19°C

Musim sejuk (Winter)
Bulan : Hujung November - awal March
Peak winter : hujung January
Suhu : -8°C ~ 3°C

Musim Bunga (Spring)
Bulan : Pertengahan March - awal June
Peak spring : hujung April
Suhu : 5°C ~ 20°C

Musim Panas (Summer)
Bulan : Pertengahan June - awal September
Peak summer : hujung July
Suhu : 23°C ~ 27°C
Nota : June dan July boleh juga jadi musim hujan



*Senarai di atas boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa.

Setelah difikir², hakak buat keputusan untuk survey tiket pada musim luruh (Autumn). Memandangkan hakak memang selalu tertarik bila tengok gambar2 daun merah + jingga + kuning masa Autumn.

Maka hakak pun mula survey tiket paling murah untuk bulan October 2016. Satu² tarikh bulan October 2016 tu hakak belek kat web Air Asia dan tarikh paling murah ialah 16 ~ 21 October 2016. Amik kau! Setahun sebulan lagi nak kena tunggu!!~


Tiket KL-ICN-KL : RM604.58*2 = RM1,209.16
AirAsia Insurance = RM50*2 = RM100
20KG luggage = RM102

GRAND TOTAL = RM1,411.16

Oleh sebab masa tu hakak 1st time book flight ticket dengan Air Asia, hakak taktau pun kalau kita tak beli insurans dari AA pun takpe.. kalau hakak tau, hakak tak beli laa, boleh save RM100.

Luggage tu pulak hakak beli beberapa bulan lepas book flight. Ceritanya, hakak takmau beli luggage pun.. Tapi setelah ditanya² dengan otai² yang rajin travel sana sini, kata mereka makanan dalam tin dan makanan lain2 tak dibenarkan bawak masuk dalam cabin. So, nak tak nak, hakak terpaksa beli jugak luggage tu. Bila beli asing, harga luggage pun agak mahal... nak buat camne.. terpaksa.. huhuhu

*ye... 30 tahun hidup, hakak tak penah sekali pun naik kapal terbang, so banyak yang hakak taktau pasal bab² booking, luggage bla³....*

Hokey. Selesai Intro; bab research musim dan cuaca dan bab booking tiket kapal terbang...

Next, Itinerary. Menatang hape pulak laaa Itinerary tu??? Nanti hakak cerita dalam next entry, tungguuuuuuu~~

Next : TRIP TO SEOUL, SOUTH KOREA (AUTUMN 2016) - Itinerary