Thursday 12 October 2017

TRIP TO SEOUL, SOUTH KOREA (AUTUMN 2016) - Intro

Fuhh fuhh dan fuhh lagi.. berhabuk dah blog hakak ni.. atas permintaan ramai, hakak kembali menjengah blog yang dah lama dibiarkan bersawang ni. Kenapa?

Oooppsss.. sebelum tu, Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk korang semua. First of all TQ sebab sudi singgah blog hakak untuk tahu dengan lebih lanjut cerita hakak kali ni; Trip to Seoul, South Korea (Autumn 2016).

Idea untuk melancong ke Seoul datang pada satu hari di bulan September 2015, hakak terasa macam nak berhoneymoon dekat2 je.. kebetulan Air Asia tengah buat promo Free Seat. Tetiba encik suami kata, "survey tiket Korea.."

Hakak macam tak percaya je masa tu. Bukan senang encik suami nak bagi idea gitu secara serius! Peluang takleh dilepaskan!

So selama 3 hari hakak buat research serba sikit tentang Korea, mostly tentang musim dan cuaca di sana dan berapa hari yang cukup untuk bercuti di Korea.

Berikut adalah hasil research dari blog2 dan google :

Musim Luruh (Autumn)
Bulan : Pertengahan September - pertengahan November
Peak autumn : hujung October
Suhu : 11°C ~ 19°C

Musim sejuk (Winter)
Bulan : Hujung November - awal March
Peak winter : hujung January
Suhu : -8°C ~ 3°C

Musim Bunga (Spring)
Bulan : Pertengahan March - awal June
Peak spring : hujung April
Suhu : 5°C ~ 20°C

Musim Panas (Summer)
Bulan : Pertengahan June - awal September
Peak summer : hujung July
Suhu : 23°C ~ 27°C
Nota : June dan July boleh juga jadi musim hujan



*Senarai di atas boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa.

Setelah difikir², hakak buat keputusan untuk survey tiket pada musim luruh (Autumn). Memandangkan hakak memang selalu tertarik bila tengok gambar2 daun merah + jingga + kuning masa Autumn.

Maka hakak pun mula survey tiket paling murah untuk bulan October 2016. Satu² tarikh bulan October 2016 tu hakak belek kat web Air Asia dan tarikh paling murah ialah 16 ~ 21 October 2016. Amik kau! Setahun sebulan lagi nak kena tunggu!!~


Tiket KL-ICN-KL : RM604.58*2 = RM1,209.16
AirAsia Insurance = RM50*2 = RM100
20KG luggage = RM102

GRAND TOTAL = RM1,411.16

Oleh sebab masa tu hakak 1st time book flight ticket dengan Air Asia, hakak taktau pun kalau kita tak beli insurans dari AA pun takpe.. kalau hakak tau, hakak tak beli laa, boleh save RM100.

Luggage tu pulak hakak beli beberapa bulan lepas book flight. Ceritanya, hakak takmau beli luggage pun.. Tapi setelah ditanya² dengan otai² yang rajin travel sana sini, kata mereka makanan dalam tin dan makanan lain2 tak dibenarkan bawak masuk dalam cabin. So, nak tak nak, hakak terpaksa beli jugak luggage tu. Bila beli asing, harga luggage pun agak mahal... nak buat camne.. terpaksa.. huhuhu

*ye... 30 tahun hidup, hakak tak penah sekali pun naik kapal terbang, so banyak yang hakak taktau pasal bab² booking, luggage bla³....*

Hokey. Selesai Intro; bab research musim dan cuaca dan bab booking tiket kapal terbang...

Next, Itinerary. Menatang hape pulak laaa Itinerary tu??? Nanti hakak cerita dalam next entry, tungguuuuuuu~~

Next : TRIP TO SEOUL, SOUTH KOREA (AUTUMN 2016) - Itinerary


No comments:

Post a Comment