Thursday 12 November 2015

Alkisah Gas Habis...


Assalammualaikum..



OK. Kisahnya, malam semalam (10/11/15) sedang aku ralit masak sambal untuk order nasi lemak keesokan harinya, tetiba gas abis.. tepat jam 3.15pagi. OH TIDAK!!!! sambal baru je nak terbit minyak.. untuk yg belum tau, nak masak sambal nasik lemak nih selalunya makan masa lebih kurang 3 jam. api kecik.. tapi semalam masa masak tu sambil dok goreng ikan bilis jugak, tu yg tetiba gas abis.

ape nak buat??? mana ada kedai jual gas bukak pepagi buta tu!! jadi? tido laa jawab nya.. esok pagi2 pulak laa kita usahakan..

keesokan harinya (hari ni le tu...) lepas hantar Angah pegi sekolah, encik suami pun memulakan pencarian kedai yg jual tong gas seawal jam 8 pagi... kedai yg dekat area rumah ni, tutup laa plak sempena Deepavali~ kedai cina sebelah dia, pukul 10 pagi baru bukak. pusing punya pusing, ada satu kedai dekat ngan rumah mak, tapi tak buat delivery plak, kena hangkut sendiri tong gas 14KG tu! gila ke hape? mcm mana nak angkut naik moto biasa je bukan ada segala kelengkapan nak hangkut tu.. jadi dia hangin. huhu

sambil2 tu lepas encik suami keluar rumah, aku pun merajinkan diri google no tepon kedai gas yg berdekatan kawasan umah aku nih.. call satu2.. ada yg tak jawab, ada yg jawab tapi pukul 10 pagi baru ada delivery, ada jugak yg tak buat delivery sampai ke kawasan umah aku.. haihhhhhh...

gigih lagi menggoogle... dan aku terjumpa satu blog yg mention pasal Gas Petronas Home Delivery .


Sikit info pasal Gas Petronas Home Delivery ni :

Hotline & Delivery operation :  8AM - 6PM (Isnin - Sabtu) (public holiday off ye...)
Delivery period : 30 minit - 2 jam selepas order diterima (bergantung pada cuaca & trafik). untuk hari Jumaat, penghantaran akan dihentikan pada pukul 12.30PM - 2.30PM untuk sembahyang Jumaat.
Last order : 4PM. order yg dibuat selepas 4PM akan dihantar pada hari berikutnya.
Price : 
  • Central region : 12 KG - RM26/cylinder , 14 KG - RM29.80/cylinder
  • Utara, Timur, Selatan  : 12 KG - RM25.30/cylinder , 14 KG - RM29.10/cylinder

Jenis tong gas yg disediakan :


OK. Untuk servis ni, Petronas TIDAK menerima sebarang pertukaran tong gas kosong jenama lain. bleh tukar dengan tong gas petronas (macam dalam gambar kat atas) je.. selamat laaa tong gas aku memang tong gas petronas.. huhuhu

sambung cerita, 8.15 pagi, aku call hotline tu, sembang ngan operator dia gedebuk gedebak, terkejut jugak laa bila dia kata masa penghantaran 2 jam. uih! nak pakai urgent ni! takpe laa.. order je laa jugak. then operator ni bagi order number. pastu dia kata kalau nak cancel, kena call balik and bagitau order number yg dia bagi tu, kata nak cancel..

dalam masa yg sama, encik suami dah buat keputusan untuk pinjam tong gas kat umah mak. dah urgent sangat, no choice! selamat laa mak bagi green light. TERIMA KASIH MAK!!! so dgn semangat waja, encik suami pun hangkut tong gas mak turun lif dari tingkat 17, naik moto, balik umah, and hangkut tong gas tu ke tingkat 3 (naik tangga hokeyyyy... oh suamiku yg gagah!) 

8.40 pagi encik suami sampai umah, dan aku pun cargas laa sambung masak sambal nasik lemak & nasik lemak nya tu...

kata encik suami, takpe, takyah cancel gas yg dah order tu, biar je diorg hantar pukul berapa sampai pun takpe.. sebab mak bagi loan (hahaha loan) tong gas tu sampai kul 12.. oh ibu mertuaku! hihihi

sambil sibuk2 masak, pukul 9.30 pagi, dapat call daripada agen gas petronas ni, katanya nak datang hantar gas. OK. datang je laaaa..... tepat 9.45 pagi, gas pun sampai... EH! ok laaa 1 jam setengah gak laa kan... janji dapat tong gas baru and seriously, harga lebih murah daripada beli kat kedai runcit!

Jadi, kesimpulannya kat sini, aku belanja laaa gambar nasik lemak yg di order pagi tadi ye.. haha





Hah.. alang2 korang dah baca entry pasal nasi lemak ni, nak promote laa sikit bisnes kecil2an aku nih... My Dishes Delivery adalah servis penghantaran makanan2 homecooked secara percuma ke seluruh Penang (area pulau sahaja)

Antara menu yg dijual adalah : Nasi Lemak (RM1.50 / RM2.50) , Nasi Ayam (RM4.50) , Puding Roti Karamel (RM2) , Bihun Sup (RM3.50).

Nak order sikit2 pun boleh, nak order banyak2 lagi laa boleh! hihihihi

untuk maklumat lanjut, rajin2 laaa jenguk FB kami ye.... FB My Dishes Delivery

Sampai sini je laaa celoteh aku malam ni.... nak tido dah, esok ada lagi order oooiiii... (Alhamdulillah...)

No comments:

Post a Comment