Sunday 8 November 2015

Honeymoon Trip to Melaka (2014) - Intro

Assalammualaikum...

Alkisah sepanjang perkahwinan aku, tak pernah pun pegi honeymoon berdua2an.. lepas je kenduri kawin (sabtu & ahad) , isnin tu terus aku start keje kat tempat baru.. jadinya kerana kekurangan masa dan ketidakstabilan ekonomi, sampai last kami tak pergi honeymoon pun..

setelah beranak pinak, sibuk pulak dengan anak2, tak jadi lagi laaa plan berdua2an ni... sampai laa satu hari tu aku kata kat encik suami, jom laaa, kita cuti2 berdua... selepas dapat green light , aku pun dengan rajinnya membelek2 pakej penginapan kat Groupon . Belek punya belek punya belek, terjumpa satu pakej 2D1N kat Philea Resort & Spa, Melaka.

Saja buat research, harga asal bilik dengan breakfast semua tu, boleh sampai RM1000++ jugak laa... huihhh mimpi laaa nak bercuti dlm malaysia sampai 1k+ ... tapi hari tu, Groupon punya pakej, 2D1N include dinner & breakfast for 2, RM638 nett. ok laa tu, considering tempat n suasana resort tu macam cantik je macam comel je macam romantik je... kikikikikiki

tanpa segan silu, jari pun menekan BUY NOW.. hahaha.

pastu bermula episod mengsurvey tarikh yg sesuai nak pergi bercuti tu... beli grouponnye bulan Mac 2014. valid sampai disember 2014. abis2 bincang, kami pun setuju dengan tarikh 14-16 oktober. 7 bulan lagi beb!

first time ni nak tinggal anak2 and pergi bercuti berdua je... layanzzz..

tunggu punya tunggu harinya pun dah tiba. naik bas je laaa kotttt baru laa adventurous! tiket bas dari sg nibong direct terus ke Melaka masa tu berharga RM50/pax. maka malam 13hb tu setelah meninggalkan anak2 kat rumah mak mertua (aku still ingat lagi, along mula2 steady je , bila kami dah keluar pintu umah, merambu airmata dia.. alahai anak.... adik2 dia rileks je.. first time nak tinggal lama ni! haha 3 hari je pun...), kami mintak tolong adik ipar untuk hantar kami ke stesen bas sungai nibong.

tepat jam 1140PM bas kami bergerak meninggalkan stesen. condition bas? semua pun ok, selesa utk perjalanan 6 jam berikutnya....

Chuppp!! kita sambung kat entry yg seterusnya k? babai!!!

No comments:

Post a Comment