Saturday 7 November 2015

Rencah Kehidupan

aku bergelar isteri dan mama ketika hampir semua kawan2ku masih gigih belajar di universiti...

ketika kawan2ku baru belajar untuk serius dlm percintaan dan melangkah ke alam perkahwinan selepas mendapat segulung ijazah, aku sudah beranak 2...

ketika kawan2ku akhirnya bergelar ibu, dengan kerjaya yg besar2, aku sudah pun beranak 3, walau usiaku belum pun mencecah 30an..

namun aku, tak pernah menyesal... setiap manusia ada rezekinya masing2... rezeki aku mendapat jodoh awal dan rezekiku juga dijadikan subur dan dikurniakan 3 anak dalam masa 9 tahun perkahwinan..

Alhamdulillah... walau tidak memegang sebarang ijazah, walau tidak pernah bekerja dengan status yg hebat2 dan gaji yg mewah2, walau hidupku bermula dengan susah dari bawah, rezekiku masih ada, di mana2..

dan aku percaya semua tu.

kini aku sedang belajar untuk memberi seikhlas yg mampu, dengan doa supaya rezekiku akan terus mengalir walau tidak melimpah.....

Aamiinnnnn.....

No comments:

Post a Comment