Thursday 12 November 2015

Alkisah Gas Habis...


Assalammualaikum..



OK. Kisahnya, malam semalam (10/11/15) sedang aku ralit masak sambal untuk order nasi lemak keesokan harinya, tetiba gas abis.. tepat jam 3.15pagi. OH TIDAK!!!! sambal baru je nak terbit minyak.. untuk yg belum tau, nak masak sambal nasik lemak nih selalunya makan masa lebih kurang 3 jam. api kecik.. tapi semalam masa masak tu sambil dok goreng ikan bilis jugak, tu yg tetiba gas abis.

ape nak buat??? mana ada kedai jual gas bukak pepagi buta tu!! jadi? tido laa jawab nya.. esok pagi2 pulak laa kita usahakan..

keesokan harinya (hari ni le tu...) lepas hantar Angah pegi sekolah, encik suami pun memulakan pencarian kedai yg jual tong gas seawal jam 8 pagi... kedai yg dekat area rumah ni, tutup laa plak sempena Deepavali~ kedai cina sebelah dia, pukul 10 pagi baru bukak. pusing punya pusing, ada satu kedai dekat ngan rumah mak, tapi tak buat delivery plak, kena hangkut sendiri tong gas 14KG tu! gila ke hape? mcm mana nak angkut naik moto biasa je bukan ada segala kelengkapan nak hangkut tu.. jadi dia hangin. huhu

sambil2 tu lepas encik suami keluar rumah, aku pun merajinkan diri google no tepon kedai gas yg berdekatan kawasan umah aku nih.. call satu2.. ada yg tak jawab, ada yg jawab tapi pukul 10 pagi baru ada delivery, ada jugak yg tak buat delivery sampai ke kawasan umah aku.. haihhhhhh...

gigih lagi menggoogle... dan aku terjumpa satu blog yg mention pasal Gas Petronas Home Delivery .


Sikit info pasal Gas Petronas Home Delivery ni :

Hotline & Delivery operation :  8AM - 6PM (Isnin - Sabtu) (public holiday off ye...)
Delivery period : 30 minit - 2 jam selepas order diterima (bergantung pada cuaca & trafik). untuk hari Jumaat, penghantaran akan dihentikan pada pukul 12.30PM - 2.30PM untuk sembahyang Jumaat.
Last order : 4PM. order yg dibuat selepas 4PM akan dihantar pada hari berikutnya.
Price : 
  • Central region : 12 KG - RM26/cylinder , 14 KG - RM29.80/cylinder
  • Utara, Timur, Selatan  : 12 KG - RM25.30/cylinder , 14 KG - RM29.10/cylinder

Jenis tong gas yg disediakan :


OK. Untuk servis ni, Petronas TIDAK menerima sebarang pertukaran tong gas kosong jenama lain. bleh tukar dengan tong gas petronas (macam dalam gambar kat atas) je.. selamat laaa tong gas aku memang tong gas petronas.. huhuhu

sambung cerita, 8.15 pagi, aku call hotline tu, sembang ngan operator dia gedebuk gedebak, terkejut jugak laa bila dia kata masa penghantaran 2 jam. uih! nak pakai urgent ni! takpe laa.. order je laa jugak. then operator ni bagi order number. pastu dia kata kalau nak cancel, kena call balik and bagitau order number yg dia bagi tu, kata nak cancel..

dalam masa yg sama, encik suami dah buat keputusan untuk pinjam tong gas kat umah mak. dah urgent sangat, no choice! selamat laa mak bagi green light. TERIMA KASIH MAK!!! so dgn semangat waja, encik suami pun hangkut tong gas mak turun lif dari tingkat 17, naik moto, balik umah, and hangkut tong gas tu ke tingkat 3 (naik tangga hokeyyyy... oh suamiku yg gagah!) 

8.40 pagi encik suami sampai umah, dan aku pun cargas laa sambung masak sambal nasik lemak & nasik lemak nya tu...

kata encik suami, takpe, takyah cancel gas yg dah order tu, biar je diorg hantar pukul berapa sampai pun takpe.. sebab mak bagi loan (hahaha loan) tong gas tu sampai kul 12.. oh ibu mertuaku! hihihi

sambil sibuk2 masak, pukul 9.30 pagi, dapat call daripada agen gas petronas ni, katanya nak datang hantar gas. OK. datang je laaaa..... tepat 9.45 pagi, gas pun sampai... EH! ok laaa 1 jam setengah gak laa kan... janji dapat tong gas baru and seriously, harga lebih murah daripada beli kat kedai runcit!

Jadi, kesimpulannya kat sini, aku belanja laaa gambar nasik lemak yg di order pagi tadi ye.. haha





Hah.. alang2 korang dah baca entry pasal nasi lemak ni, nak promote laa sikit bisnes kecil2an aku nih... My Dishes Delivery adalah servis penghantaran makanan2 homecooked secara percuma ke seluruh Penang (area pulau sahaja)

Antara menu yg dijual adalah : Nasi Lemak (RM1.50 / RM2.50) , Nasi Ayam (RM4.50) , Puding Roti Karamel (RM2) , Bihun Sup (RM3.50).

Nak order sikit2 pun boleh, nak order banyak2 lagi laa boleh! hihihihi

untuk maklumat lanjut, rajin2 laaa jenguk FB kami ye.... FB My Dishes Delivery

Sampai sini je laaa celoteh aku malam ni.... nak tido dah, esok ada lagi order oooiiii... (Alhamdulillah...)

Sunday 8 November 2015

Honeymoon Trip to Melaka (2014) - Intro

Assalammualaikum...

Alkisah sepanjang perkahwinan aku, tak pernah pun pegi honeymoon berdua2an.. lepas je kenduri kawin (sabtu & ahad) , isnin tu terus aku start keje kat tempat baru.. jadinya kerana kekurangan masa dan ketidakstabilan ekonomi, sampai last kami tak pergi honeymoon pun..

setelah beranak pinak, sibuk pulak dengan anak2, tak jadi lagi laaa plan berdua2an ni... sampai laa satu hari tu aku kata kat encik suami, jom laaa, kita cuti2 berdua... selepas dapat green light , aku pun dengan rajinnya membelek2 pakej penginapan kat Groupon . Belek punya belek punya belek, terjumpa satu pakej 2D1N kat Philea Resort & Spa, Melaka.

Saja buat research, harga asal bilik dengan breakfast semua tu, boleh sampai RM1000++ jugak laa... huihhh mimpi laaa nak bercuti dlm malaysia sampai 1k+ ... tapi hari tu, Groupon punya pakej, 2D1N include dinner & breakfast for 2, RM638 nett. ok laa tu, considering tempat n suasana resort tu macam cantik je macam comel je macam romantik je... kikikikikiki

tanpa segan silu, jari pun menekan BUY NOW.. hahaha.

pastu bermula episod mengsurvey tarikh yg sesuai nak pergi bercuti tu... beli grouponnye bulan Mac 2014. valid sampai disember 2014. abis2 bincang, kami pun setuju dengan tarikh 14-16 oktober. 7 bulan lagi beb!

first time ni nak tinggal anak2 and pergi bercuti berdua je... layanzzz..

tunggu punya tunggu harinya pun dah tiba. naik bas je laaa kotttt baru laa adventurous! tiket bas dari sg nibong direct terus ke Melaka masa tu berharga RM50/pax. maka malam 13hb tu setelah meninggalkan anak2 kat rumah mak mertua (aku still ingat lagi, along mula2 steady je , bila kami dah keluar pintu umah, merambu airmata dia.. alahai anak.... adik2 dia rileks je.. first time nak tinggal lama ni! haha 3 hari je pun...), kami mintak tolong adik ipar untuk hantar kami ke stesen bas sungai nibong.

tepat jam 1140PM bas kami bergerak meninggalkan stesen. condition bas? semua pun ok, selesa utk perjalanan 6 jam berikutnya....

Chuppp!! kita sambung kat entry yg seterusnya k? babai!!!

Saturday 7 November 2015

Rencah Kehidupan

aku bergelar isteri dan mama ketika hampir semua kawan2ku masih gigih belajar di universiti...

ketika kawan2ku baru belajar untuk serius dlm percintaan dan melangkah ke alam perkahwinan selepas mendapat segulung ijazah, aku sudah beranak 2...

ketika kawan2ku akhirnya bergelar ibu, dengan kerjaya yg besar2, aku sudah pun beranak 3, walau usiaku belum pun mencecah 30an..

namun aku, tak pernah menyesal... setiap manusia ada rezekinya masing2... rezeki aku mendapat jodoh awal dan rezekiku juga dijadikan subur dan dikurniakan 3 anak dalam masa 9 tahun perkahwinan..

Alhamdulillah... walau tidak memegang sebarang ijazah, walau tidak pernah bekerja dengan status yg hebat2 dan gaji yg mewah2, walau hidupku bermula dengan susah dari bawah, rezekiku masih ada, di mana2..

dan aku percaya semua tu.

kini aku sedang belajar untuk memberi seikhlas yg mampu, dengan doa supaya rezekiku akan terus mengalir walau tidak melimpah.....

Aamiinnnnn.....

Welcome to Saik0's w0rLd...

Assalammualaikum...

yg sebenarnya aku ni bukan laa reti sangat nak berblogging ni.. tak penah fikir pun nak buat blog sendiri.. selama ni dok baca blog orang lain je.. pasal resepi.. pasal travel..

tak rajin pun sebenarnya nak buat blog2 ni.. tapi atas cadangan encik suami , dia suruh aku buat satu blog pasal travel...

travel? halamak aiii... aku ni bukannya rajin travel pun.. in fact, dalam malaysia pun aku tak abis pusing lagi... jarang nau nak cuti2 malaysia, obersi plak jangan cakap laa kan.. tak penah sekali pun dalam idop aku naik kapal terbang..

huhu jadinya, kenapa encik suami soh aku bukak blog semua bagai pasal travel ni? mungkin sebagai panduan sebab tahun depan, akan bermula kisah kami travel2 ni..

tapi takpe.. dah alang2 aku merajinkan diri buat blog ni, aku akan post ape2 je laa yg berkaitan ngan idop aku...

jadi sebagai intro, aku perkenalkan laaa diri aku ye...

aku lahir kat petaling jaya, selangor. dibesarkan kat Taman Sri Keramat AU2, KL , sejak aku lahir.. sekolah tadika di Tadika Fatima Jalan Ampang (kalau tak silap aku sekarang ni dah jadi tapak jual kereta - sebelah petronas yg dekat dgn Ampwalk tu..)

sekolah rendah kat SRK (P) Bukit Bintang [a.k.a BBGS (1)]. Sekolah menengah kat SMK (P) Bukit Bintang (form 1 sampai form 3). Tapak sekolah2 aku ni sekarang berdiri dengan megahnya shopping complex Pavillion.

masa form 4 (2001), BBGS berpindah ke Taman Shamelin Cheras dan ditukar nama ke SMK Seri Bintang (Utara). tapi aku cuma sempat rasa sekolah kat situ selama 3 bulan je sebab lepas tu, permohonan aku untuk masuk sekolah teknik diterima dan aku (buat pertama kalinya) berpindah ke sekolah campur, SM Teknik Kuala Lumpur (kat cheras laa jugak)..

habis SPM , aku terima tawaran untuk sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Kedah yg terletak di Changlun. habis matriks, aku sepatutnya kena repeat sebab gagal mencapai CGPA yg dikehendaki untuk lulus. tapi aku amik keputusan untuk berhenti belajar dan melangkah ke alam pekarjaan (nanti aku cerita laa pasal alam pekerjaan ni kat entry yg lain).

aku ni bini orang.. kawin dengan orang penang pada tahun 2006 masa umur aku baru 21 tahun.. dan sepanjang hampir 9 tahun kami kawin (as of november 2015) , kami telah dikurniakan 3 orang cahaya mata..

Zahrul Irsyad (2007)
Iklil Zulaikha (2010)
Iklil Zaharra (2013)

3 tahun sekali.. hahaha bak kata orang, bila dah kawin, kena ada family planning. 

jadi bermula laa kisah gadis KL berpindah ke penang dan belajar untuk jadi anak mami .... (whaaaaaatttt....?)

haaa panjang lebar plak intro ni... ok laaa malas celoteh panjang. jumpa lagi nanti ok...?